Macam Syamsul Yusoff tapi bukan..” – posting terbaru Puteri Sarah jadi tanda tanya


Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah Liyana sudah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen sejak mula menyepi daripada dunia seni apabila berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Terkini isteri kepada pengarah, pelakon dan juga penyanyi Syamsul Yusof itu dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan. Penglibatan aktif semula Sarah ternyata mendapat sambutan baik daripada orang ramai.



Namun, entri yang dimuat naik oleh Puteri Sarah iaitu sekeping foto bersama pelakon lelaki, Nazrief Nazri di laman Instagram itu telah mengund4ng kritikan. Foto tersebut mengundang rasa tidak senang peminat berikutan imejnya yang bertudung dan memegang status isteri orang.

Namun begitu, ada juga segelintir yang berpendapat gambar tersebut hanyalah suntingan. Ini kerana kedua-dua tangan tidak sama dan bentuk badan juga lain.

Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi perhatian selepas pengarah filem Munafik itu mendedahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.

Menguatkan lagi spekulasi apabila terdapat dakwaan mengaitkan orang ketiga dalam hubungan mereka seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instagram Story baru-baru ini.



Puteri Sarah, Syamsul tinggal berasingan untuk pulihkan kemelut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker