Surah Yasin Memudahkan Sakaratul Maut dan Menyembuhkan Penyakit?

Surah Yasin Memudahkan Sakaratul Maut dan Menyembuhkan Penyakit?

Di dalam tafsir al-Azhar oleh Prof. Dr Hamka, disebutkan tentang keajaiban yang pernah dialaminya dengan surah Yasin. Kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 1976 di Rumah Sakit Pelni, Jakarta.

Ketika beliau melintas di hadapan salah satu bilik pesakit sewaktu menyusur laluan ke tempat yang dituju, terpandang olehnya seorang wanita tua yang dikerumuni sanak saudara. Sejak pagi wanita itu berhempas pulas bertarung dengan sakaratul maut, setiap kalimat syahadat yang dibisikkan di telinganya tidak membawa kesan apa-apa.

Wanita tua itu terus-terusan menghempas-hempas diri mengharung kepayahan sakaratul maut. Prof. Hamka hanya membiarkan wanita tua itu lalu dia meneruskan langkah menuju ke bilik saudaranya. Lebih kurang 10 minit bertanyakan khabar pada saudaranya, Prof. Hamka didatangi oleh dua orang anak wanita tua itu untuk meredakan kesukaran sakaratul maut ibu mereka.

Lalu Pak Hamka pergi ke katil wanita itu dan membacakan surah Yasin dengan tenang, khusyuk dan mengharap pertolongan Allah. Sejak ayat pertama dibaca, wanita itu tidak lagi menghempas-hempas dan mula tenang sehinggalah sampai ke ayat 77 (menceritakan tentang bagaimana manusia itu diciptakan dari air mani kemudian ia menjadi pembantah), wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ayat 77 dengan situasi wanita tua itu mungkin hanya kebetulan sahaja. Namun Pak Hamka menjadi yakin bahawa Yasin itu memang amat berkesan dibacakan pada orang sudah hampir mati dan amat membantu.

Di situ Pak Hamka mengulas bahawa orang yang tidak faham ayat al-Quran lagi terkesan dengan surah Yasin, apatah lagi orang yang mengerti makna dan maksud tiap-tiap ayat al-Quran itu.

Ibn Katsir meriwayatkan, Imam Ahmad berkata bahawasanya Abu Mughirah telah menceritakan kepada kami bahawasanya Safwan telah menceritakan kepada kami bahawasanya para ulama berkata,

“Jika dibacakan surah Yasin di sisi seseorang yang sedang sakit mati maka akan diringankan akan dia.”

Para ulama menganjurkan agar surah Yasin dibaca pada orang yang sedang nazak dan selepas mati. Sebenarnya surah Yasin itu adalah surah yang dibaca apabila kita berada di dalam keadaan susah, ia akan memberikan kesan yang cepat. Walaupun pada dasarnya semua surah boleh dibaca tapi yang lebih berkesan kepada yang mati dan selepas mati adalah Yasin.

Yasin ini dibacakan kepada yang sedang nazak adalah untuk memudahnya menghadapi sakaratul maut. Ataupun untuk menyembuhkan penyakitnya. Untuk menjadikan urusannya mudah jika sedang nazak dan sudah sampai ajalnya maka dipermudahkan.

Namun apabila belum sampai ajalnya maka sihatlah ia dengan mudah. Saat sakaratul maut itu memang sakit dan seksa seperti yang disebut di dalam surah al-Qiyamah. Dan, apabila surah Yasin itu dibacakan pada orang yang nazak tujuannya adalah untuk mengingatkan tentang kematian, kehidupan selepas mati dan hari kebangkitan.

Bacalah surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, Insya Allah akan dipermudahkan urusannya.
Malah ada juga yang mengatakan bahawa pada Yasin itu sendiri ada jantungnya iaitu inti Yasin. Dijelaskan juga pada ayat 12, bermaksud,

“Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati dan kami tuliskan segala yang mereka kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan, ingatlah tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam kitab yang jelas nyata.”

Dikatakan bahawa ayat itulah inti Yasin dan itulah yang menjadi alasan kenapa Yasin dibacakan pada orang yang nazak.

Menyentuh maksud dari ayat itu pula, dijelaskan bahawa Allah membangkitkan yang mati pada hari kiamat. Atau pun ia juga boleh ditafsirkan dengan dihidupkan hati orang kafir yang mati dengan diberikan hidayah seperti dalam tafsir Ibn Katsir.

Timbul Salah Faham

Dari ayat itu telah timbul salah faham di kalangan masyarakat yang diterjemahkan sebagai menghidupkan orang yang mati. Sebenarnya surah Yasin dibacakan kepada orang yang hendak mati supaya dengan izin Allah agar dipermudahkan urusan pesakit.

Jika masih belum sampai ajalnya maka dipermudahkan proses penyembuhannya dan boleh terus hidup. Namun jika sudah sampai masanya, ajal menjemput maka dapatlah dia melalui sakaratul maut dengan mudah.

Ulama tafsir menjelaskan ayat itu sebagai orang kafir yang mati hatinya, di dalam ayat seterusnya juga ada disebutkan bahawa al-Quran itu memberikan peringatan kepada orang yang hidup hatinya.

Ibnu Katsir menjelaskan, menghidupkan hati yang mati ini adalah dengan diberikan hidayah. Sebab hati yang mati, menjadi punca pelbagai penyakit dan tidak akan terkesan dengan ayat al-Quran. Wallahu a’lam Utv

Surah Yasin Memudahkan Sakaratul Maut dan Menyembuhkan Penyakit?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker