Pemberian khas Sabah naik kepada RM125.6 juta – Ismail

Pemberian khas Sabah naik kepada RM125.6 juta – Ismail

Kerajaan menaikkan amaun pemberian khas baharu kepada Sabah, iaitu sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, amaun itu akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.



“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah berjaya mencapai kata sepakat mengenai kajian semula pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan pada hari ini.

“Ini merupakan susulan kepada beberapa perbincangan dan rundingan yang diadakan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri Sabah dengan kebanyakan terma dipersetujui pada 14 Feb 2022,” katanya dalam kenyataan bersama Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan dan Sabah akan terus berunding berhubung dengan tuntutan 40% daripada hasil negeri itu dan menjalankan kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan suatu amaun pemberian khas baharu bagi mengimbangi keperluan negeri terbabit tanpa menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan.

Katanya, sekiranya suatu amaun baharu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak berjaya dicapai sebelum tahun 2026, amaun baharu tersebut akan diguna pakai untuk menggantikan bayaran pemberian khas kepada negeri Sabah bermula tahun 2022.



“Persetujuan yang berjaya dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

“Komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 kepada kerajaan negeri Sabah serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap peranan dan kemampuan Kerajaan Persekutuan, untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada Sabah,” katanya. FMT

Pemberian khas Sabah naik kepada RM125.6 juta – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker