Keluarga mangsa basikal lajak syukur dapat pembelaan
Keluarga mangsa basikal lajak syukur dapat pembelaan
JOHOR BAHRU: Keluarga remaja yang terlibat kemalangan basikal lajak hari ini menzahirkan kesyukuran dan kelegaan apabila akhirnya tragedi yang menyebabkan kematian lapan remaja itu mendapat pembelaan.
Bagaimanapun, tragedi itu sukar dilupakan keluarga mangsa, selain memberikan kesan mendalam dalam hidup mereka serta menyebabkan gangguan emosi.
Sabariah Yusof, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir,16, berkata sehingga kini, dia masih terbayang anaknya itu berada di rumah, meskipun telah menghadap Ilahi sejak lima tahun lepas.
“Bangun pagi sahaja saya rasa hendak kejut dia pergi sekolah, terbayang dia masih ada. Katil dia selalu tidur juga saya tidak alih, masih ada.
“Rasa kecewa sebelum ini wanita terbabit terlepas, sebenarnya tidak tahu hari ini dia dijatuhkan hukuman, rasa bersyukur sangat (kematian) dapat pembelaan, tidak boleh diungkapkan perasaan. Bagaimanapun saya reda atas kejadian ini kerana ujian Allah,” katanya di rumahnya di Senibong hari ini.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, kejadian tersebut menyebabkan emosinya terganggu, terutama selepas mengetahui orang ramai mengecam kejadian itu dan menyalahkan ibu bapa, namun dia reda dan sentiasa mendapat sokongan moral daripada penduduk setempat, keluarga terdekat dan guru sekolah.
Katanya, anak kelapannya itu anak yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya menjual puding.
“Saya rasa sedih (apabila ada orang mengecam), sebab dia anak yang sangat baik dan sangat rapat dengan saya, selalu hantar saya pergi kerja.
“Dia juga jarang naik basikal kerana setiap malam bantu saya berniaga puding…dia akan jual dari warung ke warung berdekatan. Balik dari berniaga (hari kejadian), dia keluar dan terlibat kemalangan,” katanya.
Sementara itu, Salman Ahmed, 56, bapa kepada Muhamad Arif, 20, yang terselamat dalam kejadian itu, berkata anaknya sering mengalami gangguan emosi setiap kali terkenangkan kejadian itu, selepas cedera parah dan mengalami gegaran otak pada kemalangan tersebut.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan anak bongsunya yang ketika itu berusia 15 tahun, trauma setiap kali melihat basikal, selain tidak keluar bergaul dengan orang ramai selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Dia tidak boleh lihat basikal, cerita pasal kejadian itu atau lihat gambar pun tidak boleh, kalau ingat dia tidak boleh tidur. Lega (wanita itu) dijatuhkan hukuman, selagi hayat dikandung badan, selagi itu pakcik tidak dapat lupa peristiwa ini.”
Bapa kepada tiga anak itu turut menjelaskan Arif kini bekerja di sebuah kilang di Masai Lama sejak dua tahun lalu.
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.20 pagi 18 Feb 2017. FMT
Keluarga mangsa basikal lajak syukur dapat pembelaan
Baca Artikel Menarik:
- Gumpal rambut dalam tepung pelita
- Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
- Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB
- Ibu Paksa Anak Gadisnya Buat Hubungan Seks Dengan Bapa Tiri, Pasangan Durjana Ini Dipenjara
- Roti John ‘Rentung’, peniaga tipu pembeli, hatinya tidak bersih
- Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
- Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil
- Maut terjatuh ketika bergambar di Blue Lagoon
- Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar
- Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya
- Asap hitam keluar daripada anak patung serang kucing
- Tauke Jambu didakwa miliki dadah bersama 4 rakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET