Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain

Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain

BATU GAJAH: Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol seorang pelajar tingkatan empat tahun lepas direman sekali lagi hari ini bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan mangsa lain.

Hakim Juraidah Abbas membenarkan reman sehari setelah permohonan itu dibuat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek berumur 42 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi, menaiki van polis dan meninggalkan mahkamah sekitar 10 pagi dengan kenderaan sama.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, sebelum ini mengesahkan suspek ditahan pada 28 Jan dan direman hingga 30 Jan lepas, sebelum disambung sehari lagi sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan ditahan semula semalam untuk membantu siasatan satu lagi laporan kes rogol.

Rabu lepas, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan dalam kejadian berasingan pada Julai dan Oktober tahun lepas.

Pelajar itu mendakwa dirogol di dalam sebuah kereta di dua lokasi berasingan di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya dalam daerah Perak Tengah. FMT

Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker