Pemilihan PKR: Afdlin Shauki Cabar Nik Nazmi Di Setiawangsa, Hans Isaac Lawan Altimet Di Ampang

Pemilihan PKR: Afdlin Shauki Cabar Nik Nazmi Di Setiawangsa, Hans Isaac Lawan Altimet Di Ampang

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan depan bakal menyaksikan senario baharu apabila tiga selebriti tanah air yang juga ahli parti berkenaan turut menyertai senarai yang akan bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki mengesahkan bakal merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan.

Menurut Afdlin, keputusannya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa semata-mata didorong oleh aspirasinya untuk mengukuhkan lagi hubungan parti itu dengan masyarakat.



Kebetulan pula, Setiawangsa, kata Afdlin, sangat dekat dengan diri beliau kerana di penempatan itulah beliau menetap sejak dua dekad lalu.

“Hasrat dan harapan penyokong-penyokong ialah saya dapat sama-sama membantu mengukuhkan lagi hubungan dengan masyarakat, meneruskan usaha meremajakan parti selain menyuntik semangat keharmonian dalam usaha menjadikan PKR parti pilihan rakyat khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak,” kata Afdlin kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.

Afdlin yang meyertai PKR pada 1 April tahun lalu berkata, bersandarkan pada pengalaman luasnya dalam kerja-kerja kemanusiaan memberikan keyakinan kepadanya untuk berhadapan dengan persaingan dalam merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa itu.

Sementara itu, dua lagi selebriti yang turut mencuba nasib pada Pemilihan PKR ialah Datuk Hans Isaac dan Altimet.



Astro AWANI difahamkan, Hans Isaac dan Altimet masing-masing yang memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik mereka akan bertanding jawatan Ketua Cabang Ampang.

Menurut sumber Astro AWANI, kedua-dua personaliti hiburan itu sudah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai persaingan itu bagi merebut kerusi yang pernah disandang oleh Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kedua-dua artis berkenaan juga akan berhadapan dengan enam calon lain yang difahamkan juga sedang mengintai kerusi Ketua Cabang Ampang itu.

Usaha Astro AWANI menghubungi Hans tidak berhasil kerana beliau masih belum membalas kiriman mesej WhatsApp.



Ketika dihubunginya petang semalam pula, pelakon dan penerbit filem terkenal itu memaklumkan beliau sedang menghadiri mesyuarat.

Sementara Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman juga tidak membalas kiriman mesej dan dan difahamkan beliau kini berada di Syria.-AA

Pemilihan PKR: Afdlin Shauki Cabar Nik Nazmi Di Setiawangsa, Hans Isaac Lawan Altimet Di Ampang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker