Ismail buka puasa bersama GLC, GLIC, badan berkanun
Ismail buka puasa bersama GLC, GLIC, badan berkanun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana di sini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut dihadiri Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Hasan Arifin, Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 46 anak yatim berusia empat hingga 17 tahun daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di Selangor, dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dan bergambar kepada mereka.
Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. BH
Ismail buka puasa bersama GLC, GLIC, badan berkanun
Baca Artikel Menarik:
- PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
- Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
- Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
- Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
- Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
- Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
- Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
- Pendakwah bebas maut kemalangan
- Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
- 7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
- Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
- Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung
You must be logged in to post a comment.