Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyindir pencabarnya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak suka mengikut jejaknya dengan bertanding semua jawatan yang ditandinginya dalam pemilihan parti bulan depan.
Amirudin bagaimanapun berkata, langkah bekas ketua PKR Perak dan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim itu tidak salah memandangkan PKR ialah parti demokrasi.
“Beliau juga akan bertanding jawatan naib presiden PKR, nampaknya dia suka dengan saya, ke mana saya pergi, dia ikut.
“Tak salah, ini parti demokrasi, semua mempunyai peluang menampilkan kepimpinan,” katanya menerusi sidang media dalam talian hari ini.
Amirudin berkata, beliau bertanding jawatan naib presiden PKR demi memastikan Selangor kekal ditadbir Pakatan Harapan (PH).
Sehingga kini, jawatan nombor tiga PKR itu menyaksikan pertandingan 15 penjuru.
Semalam, Farhash menghantar borang pencalonannya untuk mencabar Amirudin bagi jawatan ketua PKR Gombak dan hari ini sebagai calon naib presiden PKR.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, beliau bertanding untuk mempertahankan jawatan ketua PKR Gombak beredasarkan kesinambungan pasukannya yang memenangi pemilihan parti pada 2018.
“Walaupun bekas ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Gombak kita (Mohamed Azmin Ali) keluar (parti), namun 80% daripada kepimpinan di Gombak teruskan kepimpinan untuk capai kemenangan.”
Pada 7 Feb lalu, Farhash dilaporkan berkata, keputusannya mencabar Amirudin bukan bertujuan melenyapkan sebarang “kartel Azmin” atau mencerminkan sebarang prasangka terhadap Amirudin, sebaliknya ia adalah proses demokrasi.
Ditanya mengenai pendapat sesetengah pihak yang tidak bersetuju beliau bertanding jawatan tinggi parti kerana disifatkan “orang Azmin”, Amirudin berkata, ia keadaan normal jika tidak disukai semua orang.
“Bukan satu perkara luar biasa orang tak sokong 100%,” katanya.
Bagaimanapun, Amirudin berkata, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan nombor tiga itu selepas berbincang dengan banyak pihak, termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Jadi, bila kita dah bincang, kebanyakannya yakin ada sokongan boleh capai majoriti untuk mendapat posisi ini, sesuai dengan cita-cita menyemarakkan reformasi.” FMT
Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
Baca Artikel Menarik:
- PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
- Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
- Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
- Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
- Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
- Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
- Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
- Pendakwah bebas maut kemalangan
- Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
- 7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
- Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
- Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan
You must be logged in to post a comment.