Konvoi tentera Rusia panjang hampir 13 kilometer menuju selatan Ukraine

IMEJ satelit menunjukkan ratusan kenderaan tentera mengikuti konvoi ke selatan Velkyi Burluk di Ukraine. – AFP

KIEV – Beberapa imej satelit baharu yang disiarkan firma Maxar Technologies memaparkan konvoi kenderaan tentera Rusia sepanjang 12.9 kilometer bergerak ke selatan Ukraine melalui bandar Velkyi Burluk di bahagian timur, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Bandar Velkyi Burluk terletak kira-kira 24.1 kilometer ke  barat sempadan Rusia dan tidak jauh dari bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv.

Tentera Kremlin dilaporkan melancarkan kira-kira 50 serangan ke atas Kharkiv pada Jumaat lalu menggunakan artileri, mortar, kereta kebal dan pelbagai sistem pelancar roket.

Menurut akhbar The New York Times, konvoi itu kelihatan bergerak ke arah bandar Izium yang terletak kira-kira 96.5 kilometer ke selatan Velkyi Burluk.



Tentera Kremlin mengekalkan kawalan ke atas Izium minggu lalu selepas tumpuan pencerobohan beralih kepada rantau Donbas setelah  gagal merampas ibu kota Ukraine, Kiev.

Kementerian Pertahanan Ukraine berkata dalam satu kenyataan bahawa Rusia nampaknya sedang mengukuhkan tenteranya di Izium untuk bergerak ke arah bandar Slobozhansky ketika Kremlin terus mengepung Kharkiv.

Rusia juga dikatakan mengumpulkan tenteranya di Izium sebelum melakukan serangan ke atas Sloviansk ketika Moscow cuba menguasai rantau Donbas dalam usaha untuk memisahkannya daripada  Ukraine.

Izium terletak hanya 48.2 kilometer ke barat laut Sloviansk iaitu bandar utama di wilayah Donetsk. Donetsk adalah salah satu daripada dua wilayah atau bahagian pentadbiran di Ukraine yang membentuk rantau Donbas yang lebih besar.



Rantau Donbas sebahagian besarnya dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia sejak Moscow merampas Semenanjung Crimea pada 2014. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker