Pemandu trak tunda punca kemalangan diburu [VIDEO]

Tangkap layar video yang dikongsikan polis hari ini

PETALING JAYA – Polis sedang memburu pemandu trak tunda yang menjadi punca kepada kemalangan membabitkan penunggang motosikal dan sebuah kereta dalam kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.57 petang itu, difahamkan trak tunda berkenaan mengubah haluan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan kedua-dua kenderaan tersebut.

“Hari ini, pada pukul 10 pagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah terkesan satu video berdurasi 17 saat tular di media sosial dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @TVsukanstar.

“Video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis trak tunda mengubah haluan menyebabkan sebuah sebuah motosikal mengelak trak berkenaan terbabas dan melanggar sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal dan pemandu kenderaan tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan membahayakan pengguna lain.

“Pihak polis menyeru pemilik trak tunda atau mana-mana saksi tampil menyalurkan maklumat kepada Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ainurur Ferdaus Mahussin di talian 017-6345114,” ujarnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker