#PRNMelaka : Mas Ermieyatie akan jadikan Tanjung Bidara sebagai kawasan pembangkang

Oleh Wahida

Apakah nasib pengundi Tanjung Bidara jika akhirnya mereka berada di dalam zon pembangkang? Mas Ermiyatie menang tetapi Tanjung Bidara akan menjadi kawasan pembangkang apabila Barisan Nasional berjaya bentuk kerajaan negeri. Apa yang mampu dilakukan Mas Ermiyatie untuk penduduk di sini?

Soalan ini perlu ditanya kepada diri pengundi-pengundi yang bakal membuat pilihan mereka pada 20 November ini?

Adakah dengan kemenangan Mas Ermiyatie saja mampu membentuk kerajaan negeri? Apakah Perikatan Nasional mempunyai kekuatan di Melaka? Walaupun mungkin Pakatan Harapan mempunyai kelebihan kerusi, apakah DAP, PKR dan PAN sanggup menerima Mas Ermiyatie yang mewakili PN yang telah dianggap sebagai pengkhianat kepada mereka?

Sememangnya dijangka jumlah kemenangan DAP di Melaka mengatasi rakan komponen lain dalam PH. Dengan itu DAP akan membuat keputusan muktakhir.

DAP telah menunjukkan taring mereka secara terang-terangan dengan menolak mantan Adun DAP Pengkalan Batu dan kini bertanding sebagai calon BEBAS dalam PRN Melaka.

Seandainya kemenangan memihak kepada PH sekali lagi, apakah DAP sanggup menerima Mas Ermieyatie? Akhirnya, Mas Ermieyatie berjaya meletakkan DUN Tanjung Bidara sebagai kawasan pembangkang.

Masjid Tanah mempunyai 5 Adun iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Taboh Naning dan Lendu. Ketika Barisan Nasional dilanda pelbagai fitnah dan tohmahan sehingga kalah di peringkat negeri dan persekutuan pada PRU14 lalu, kelima-lima DUN di Parlimen Masjid Tanah kekal menang.

Oleh kerana Pakatan Harapan telah berjaya mengambil-alih kerajaan negeri, kelima-lima DUN ini telah menjadi kawasan pembangkang. Maka nasib penduduknya telah menghadapi pelbagai kesukaran untuk mendapat bantuan.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan Melaka tidak mampu bertahan lama apabila sokongan majoriti telah tercabar dan diambil alih semula oleh kerajaan negeri yang diketuai Barisan Nasional sehinggalah DUN terbubar kerana kehilangan sokongan daripada 2 Adun BN dan dua lagi dari PPBM dan Bebas.

Kepimpinan BN Melaka dan pusat memilih untuk membubarkan DUN kerana mengetahui perebutan kuasa tidak akan berakhir dan demi masa depan rakyat, biarlah kuasa pemerintahan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pilihanraya.

Sekali lagi, penduduk Tanjung Bidara perlu memikirkan persoalan, apakah kekuatan Perikatan Nasional dan apakah Mas Ermieyati seorang, mampu kembalikan kuasa pemerintahan kepada Perikatan Nasional?

Jika tidak, pilihan terbaik adalah memilih calon Barisan Nasional yang terang-terang mempunyai kekuatan dan di PRN Melaka 2021 ini, Barisan Nasional akan menambahkan lagi kerusi kemenangan agar kestabilan dapat menjamin kemakmuran rakyat Melaka amnya dan di Tanjung Bidara khasnya.

Jangan silap membuat pilihan!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker