Harga minyak dijangka jatuh 3%
Harga minyak dijangka jatuh 3%
Harga minyak meningkat dalam dagangan hari ini tetapi dijangka jatuh sekitar 3% untuk minggu ini selepas negara-negara pengguna bersetuju mengeluarkan 240 juta tong minyak daripada stok kecemasan untuk membantu mengimbangi bekalan Rusia yang terganggu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.13 atau 0.1% kepada AS$100.71 setong pada 0139 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS meningkat AS$0.35 sen atau 0.4% kepada AS$96.38 setong.
Penganalisis berkata, pelepasan minyak kecemasan, berjumlah kira-kira satu juta tong sehari dari Mei hingga akhir tahun, mungkin mengehadkan kenaikan harga dalam jangka pendek tetapi tidak akan menampung sepenuhnya jumlah yang hilang daripada Rusia akibat sekatan susulan pencerobohan Ukraine.
“Walaupun ini adalah keluaran terbesar sejak stok simpanan itu diwujudkan pada tahun 1980, ia akhirnya akan gagal mengubah fundamental pasaran minyak. Ia berkemungkinan melambatkan peningkatan selanjutnya dalam pengeluaran daripada pengeluar utama,” kata penganalisis ANZ Research dalam nota penyelidikannya.
Pelepasan itu mungkin menghalang pengeluar, termasuk Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar syal Amerika Syarikat daripada mempercepatkan peningkatan pengeluaran walaupun dengan harga minyak sekitar AS$100 setong, kata mereka.
Pada masa yang sama, pertimbangan Kesatuan Eropah (EU) mengenai larangan minyak Rusia, berikutan rancangannya untuk mengenakan sekatan ke atas arang batu Rusia, akan mengehadkan sebarang penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.
“Di mahkamah pendapat umum, tekanan semakin meningkat ke atas Brussels untuk bertindak dan jika injap tekanan itu muncul dan Kesatuan Eropah menyekat minyak Rusia, kita akan melihat harga minyak mentah Brent naik AS$120 dengan pantas,” Stephen Innes, Pengarah Urusan SPI Pengurusan Aset, dalam nota penyelidikannya. MG
Harga minyak dijangka jatuh 3%
Baca Artikel Menarik:
- Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
- Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
- Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
- Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
- Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
- Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
- Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
- Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
- PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
- Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
- “Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
- PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]
https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou
You must be logged in to post a comment.