Kebakaran Memusnahkan Tiga kedai Kayu Di Jertih

Kebakaran Memusnahkan Tiga kedai Kayu Di Jertih

JERTIH: Sebuah bengkel membaiki motosikal, sebuah kedai membaiki televisyen dan sebuah bengkel kimpalan musnah dalam kebakaran satu deretan kedai berstruktur kayu di Kampung Seberang Jertih di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Muhammad Tarmimi Che Musa berkata tiga jentera bomba dan sebuah lori tangki dengan 14 kekuatan anggota dari balai Jertih dan Besut dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.47 malam.



“Tiga unit rumah kedai itu musnah 100 peratus, namun api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan, dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Sementara itu pemilik bengkel membaiki televisyen, Zulkarnain Tawang, 55, berkata beliau menyedari kebakaran bermula daripada bengkel membaiki motosikal bersebelahan kedainya, sebaik selesai mengerjakan solat Asar.

“Saya terdengar letupan kecil dari bengkel sebelah kemudian saya nampak api menyala, lalu saya bergegas keluar dari bengkel saya yang terletak di bahagian tengah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam.

Menurutnya api marak dengan cepat kerana struktur kedai berkenaan diperbuat daripada kayu dan sudah berusia lebih 30 tahun.

“Saya tidak sempat menyelamatkan satu pun daripada lebih 100 unit televisyen milik pelanggan yang perlu saya baiki dan saya menganggarkan kerugian RM50,000,” katanya yang menyewa kedai itu sejak 20 tahun lepas.



Pemilik bengkel membaiki motosikal pula, Wong Weng Chong, 57, berkata kejadian itu berlaku tidak lama selepas beliau menutup bengkel.

“Saya tutup bengkel kira-kira 4.45 petang untuk ke bandar Jertih dan ketika dalam perjalanan pulang semula ke bengkel, saya nampak asap tebal menjulang tinggi dari kawasan bengkel, dan saya berasa sangat tidak sedap hati,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut Wong dia telah menyewa premis berkenaan sejak 31 tahun lepas dan mengganggarkan kerugian dialaminya melebihi RM30,000 selepas tiga buah motosikal musnah termasuk sebuah motosikal miliknya.-AA

Kebakaran Memusnahkan Tiga kedai Kayu Di Jertih



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka



Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker