Kubur dipecah, keranda dibakar, rangka hilang

Kubur dipecah, keranda dibakar, rangka hilang

Sibu: Bukan saja kubur dipecahkan, malah keranda dibakar dan rangka si mati di dalam keranda itu hilang.

Itu kejadian aneh membabitkan tujuh kubur di tanah perkuburan Cina, Bukit Aup, di sini.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Kubur-kubur Cina Bahagian Sibu, Kaunselor Teo Boon Siew berkata, kejadian disedari beberapa keluarga yang datang untuk memperingati serta membersihkan kawasan tanah perkuburan nenek moyang dan ahli keluarga mereka sempena sambutan Ching Ming pada Ahad lalu.

“Semuanya ada tujuh kubur yang dipecahkan kerana kubur di sini tidak ditanam dalam tanah dan hanya dimasukkan ke dalam lubang yang ditutup menggunakan simen dan bata.

“Kami juga mendapati keranda daripada kubur berkenaan diseret keluar dan dibakar di semak berhampiran.

“Kami tidak tahu apa motif sebenarnya individu itu berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kesan keranda dibakar itu dapat dilihat di semak berhampiran dan ia dipercayai dilakukan kira-kira seminggu lalu.

Teo berkata, apa yang pelik, rangka atau tulang temulang si mati langsung tidak ditemui.

“Kita percaya mereka yang menjalankan kegiatan ini hanya mahukan tulang si mati. Kenapa saya berkata begitu, sebab tiada langsung satu tulang dijumpai.

“Mungkin mereka mengumpul tulang si mati untuk kegunaan sesuatu tetapi kita tidak tahu apa motifnya mereka berbuat demikian,” katanya.

Teo mengecam tindakan sedemikian yang dianggapnya tidak menghormati orang yang sudah meninggal dunia.

Beliau juga percaya pelaku adalah orang yang berpengalaman mengenai selok-belok urusan pengebumian.

Menurutnya, semua ahli keluarga terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat mengesahkan pihaknya ada menerima empat laporan berhubung kejadian menceroboh kubur pada Isnin lalu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi. HM

Kubur dipecah, keranda dibakar, rangka hilang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker