Mayat wanita dalam gaung: Tiga individu ditahan semula

SEREMBAN – Tiga individu yang dipercayai terbabit dalam penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus Lama ditahan semula untuk siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun yang sebelum ini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat pada hari ini.

“Semuanya telah dijamin bagaimanapun ditangkap semula bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Permohonan reman terhadap tiga individu itu akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Seremban,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai salah seorang yang ditahan itu merupakan seorang penjenayah yang dikehendaki, Nanda menjelaskan, suspek sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun sebelum ini mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melupuskan bukti.

Sebelum ini, media melaporkan, dua lelaki dan seorang wanita ditahan reman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus di sini pada 20 Mac lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker