Remaja Thai belajar buat bom daripada YouTube

GAMBAR menunjukkan bom-bom buatan sendiri yang ditinggalkan seorang lelaki berusia 18 tahun di seberang jalan utama di bandar Rayong. – The Thaiger

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki yang didakwa membuat sembilan butir bom dan meninggalkannya berselerakan di jalan utama di bandar Rayong malam selasa lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Sebutir bom itu dilaporkan meletup, manakala lapan yang lain dimatikan oleh polis Rayong Rabu lalu. Polis menggunakan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengesan dan memberkas suspek.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia mempelajari cara membuat bom itu di laman perkongsian video, YouTube.

Suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditahan kelmarin. Dia mengaku membuat bom-bom itu dan meninggalkannya berselerakan di jalan empat lorong Choeng Neon-Chakok.



Sebelum itu, seorang lelaki tempatan mendakwa mendengar bunyi letupan sekitar tengah malam Rabu lalu dan menemui baki lapan bom itu ketika dia keluar untuk membuat pemeriksaan.

Pasukan Pemusnah Letupan Rayong bertindak mengalihkan bom-bom itu lalu mematikannya.

Remaja tersebut bertindak meletakkan sembilan butir bom buatan sendiri di dalam beg galasnya lalu membawanya ke tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda Dream.

Ketika tiba di lokasi kejadian, dia melempar sebutir bom yang kemudiannya meletup. Dia cuba melarikan diri dan meninggalkan lapan bom lain di tempat kejadian.



Lelaki itu berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki bahan letupan dan menyebabkan letupan yang berbahaya kepada orang lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker