Pesawat AS bawa bom nuklear terbang dekat Rusia

PESAWAT pengebom B-52H Stratofortress itu berlepas dari Lapangan terbang Cotswold kelmarin. – Alamy

MOSCOW – Sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) yang membawa senjata nuklear dilaporkan terbang dekat sempadan Rusia sebagai amaran kepada Presiden Vladimir Putin, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Perkembangan itu berlaku selepas Rusia dilaporkan menghantar beberapa jet perang membawa bom nuklear ke ruang udara Sweden sebelum dipintas oleh jet-jet pejuang Stockholm.

Menurut data laman web pemantauan aviasi Flightradar, pesawat pengebom jenis B-52H Stratofortress itu berlepas dari Lapangan Terbang Cotswold di Britain kelmarin.

Media Sweden sebelum ini melaporkan bahawa empat jet pejuang Rusia merentasi rantau Baltik menuju ke Pulau Gotland.



Tiga syarikat media termasuk TV4, Expressen dan Aftonbladet melaporkan bahawa formasi itu disertai oleh dua pesawat pengebom Sukhoi Su-24 dan dua jet pejuang Sukhoi Su-27 dengan dua Su-24 itu membawa bom nuklear.

Stockholm bagaimanapun tidak mengesahkan perkara itu walaupun telah dilaporkan secara meluas di Sweden.

Jet-jet pejuang itu berlepas dari pangkalan udara Rusia di Kaliningrad pada 2 Mac lalu.

Sumber memberitahu stesen televisyen TV4 bahawa tindakan itu dipercayai adalah percubaan untuk sengaja menakut-nakutkan Sweden.



Skuadron jet JAS 39 Gripen dihantar oleh Sweden untuk memintas empat pesawat Rusia itu yang berlegar-legar selama satu minit di ruang udara negara berkenaan.

Su-24 adalah pesawat penyerang supersonik dengan dua tempat duduk yang sudah lama  digunakan termasuk oleh negara Kesatuan Soviet.

Pesawat itu turut digunakan dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Moscow difahamkan mempunyai sekurang-kurangnya 500 senjata nuklear boleh digunakan oleh pesawat pengebomnya, demikian menurut Bulletin of the Atomic Scientists.

Angkatan tentera Sweden bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi TV4 berhubung pencerobohan  itu.



“Pelanggaran Rusia di ruang udara Sweden sudah tentu tidak boleh diterima sama sekali.

“Ia akan membawa kepada tindak balas diplomatik yang tegas dari Sweden. Kedaulatan dan wilayah Sweden harus sentiasa dihormati,’’ kata Menteri Pertahanan Sweden, Peter Hultqvist ketika pencerobohan berlaku. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker