Malaysia-Indonesia, kunjungan Ismail Sabri perkukuh hubungan ekonomi

Keakraban dua pemimpin terserlah ketika Ismail Sabri bertemu Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi dan sesi ‘veranda talk’ di Istana Merdeka yang berlangsung kira-kira 30 minit.

JAKARTA – Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia yang berakhir pada Sabtu berjaya mengukuhkan lagi hubungan sosial dan ekonomi yang sedia terjalin erat antara republik itu dengan Malaysia.

Keakraban dua pemimpin terserlah ketika Ismail Sabri bertemu Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi dan sesi ‘veranda talk’ di Istana Merdeka yang berlangsung kira-kira 30 minit.

Komitmen mereka dalam menguruskan hal ehwal rakyat dibuktikan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman Bagi Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) di Jakarta pada Jumaat.

MoU itu signifikan untuk membolehkan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia dalam sektor tertentu termasuk perladangan dan bagi Indonesia pula, ia menjamin perlindungan serta kebajikan rakyatnya berdasarkan lunas undang-undang kedua-dua negara.



Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), satu komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan isu buruh paksa dan memberi perlindungan kepada pekerja migran Indonesia.

Susulan pembukaan semula sempadan Malaysia sepenuhnya bermula April 1, Ismail Sabri percaya langkah itu mampu menyatukan semula keluarga di kedua-dua negara yang sudah lama terpisah akibat langkah menangani Covid-19.

Pengembara dari Indonesia yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak lagi perlu menjalani sebarang kuarantin dan mereka hanya dikehendaki membuat ujian pengesanan sebelum berlepas (RT-PCR) dan selepas ketibaan (RTK-Antigen).

Lawatan kerja kali ini juga berjaya meneroka peluang pelaburan di Kalimantan Timur dan meningkatkan pembangunan kawasan di sempadan kedua-dua negara seiring dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara dari Jakarta.



Kesepakatan juga dicapai dalam pengurusan kelapa sawit iaitu harga minyak komoditi itu harus ditentukan bersama-sama bagi mengelakkan persaingan harga.

Kedua-dua pemimpin turut sepakat akan terus memperkasa penggunaan bahasa serumpun di setiap persidangan antarabangsa sebagai bahasa perantara dengan harapan ia dapat dijadikan sebagai bahasa ASEAN.

Menyentuh perkara serantau, mereka berpendirian Myanmar perlu menyelesaikan isu Rohingya secara dalaman.

Ismail Sabri pulang ke Malaysia pada 2 petang waktu Indonesia barat hari ini sekali gus mengakhiri lawatan kerja singkat selepas tiba di sini awal pagi semalam. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker