Kepimpinan, kestabilan politik di sebalik fasa peralihan ke endemik

KUALA LUMPUR – Kehidupan normal kini hampir boleh dinikmati setelah Malaysia mula melangkah masuk ke fasa peralihan ke endemik pada Jumaat, yang menyaksikan rakyat semakin bebas daripada sekatan-sekatan yang membelenggu kehidupan akibat pandemik Covid-19.

‘Kemerdekaan’ yang dikecapi hari ini tidak datang bergolek selepas rakyat terpaksa mengehadkan aktiviti sebelum ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

Kerjasama rakyat dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta bersama-sama kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), membawa kejayaan ke arah transisi negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Kejayaan ini juga dicapai menerusi teraju Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berjaya menstabilkan negara yang sebelum itu bergelut dengan peningkatan kes harian Covid-19 serta dilanda krisis politik.

Negara melalui pertukaran kepimpinan utama telah menyaksikan tiga perdana menteri silih berganti selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Meskipun bukan Presiden UMNO, beliau berjaya mendapat kepercayaan 114 ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, sekali gus menjadi sandaran untuk mengakhiri polemik politik dan membawa Malaysia keluar dari wabak Covid-19 serta memacu semula ekonomi negara.
Ismail Sabri bukan sahaja berjaya menyatukan rakyat menerusi gagasan Keluarga Malaysia, malah turut mengajak seteru politik untuk bersama-sama dengannya dalam memulih dan mengeluarkan negara daripada ‘dirantai’ pandemik Covid-19.

Bukan omong kosong, Perdana Menteri mengilhamkan satu solusi jangka panjang dengan mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan kebajikan rakyat terus terbela.

Ditandatangani 13 September lepas, MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan itu berjaya membentuk satu kerjasama dwipartisan, yang bukan sahaja fokus kepada pemulihan negara malah berjaya meluluskan beberapa dasar penting hala tuju negara.

Dalam tempoh tujuh bulan Ismail Sabri menerajui negara, kepimpinannya terserlah apabila kestabilan politik semakin mengukuh, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan positif, satu demi satu sekatan diperkenalkan untuk mencegah penularan Covid-19 telah ditarik semula dan rakyat kini bebas bergerak serta menjalani aktiviti ekonomi.

Dengan kejayaan PICK serta kestabilan politik yang dicapai, Ismail Sabri mengumumkan negara akan melalui strategi keluar dan fasa sementara, sebelum beralih ke fasa endemik yang tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Hari ini, kita menyaksikan banyak kemudahan dinikmati rakyat antaranya daripada 181 SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini telah dipermudahkan kepada hanya satu SOP dan sembilan garis panduan dalam menuju kepada kehidupan normal.

Pembukaan pintu sempadan negara, memastikan penyatuan semula keluarga merupakan berita baik terutamanya menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, selain berupaya melonjakkan kembali ekonomi negara khususnya sektor pelancongan.

Menerusi langkah-langkah ini, hasrat Ismail Sabri untuk memulihkan semula keadaan negara ini seperti dikongsi dalam ucapan sulungnya selaku Perdana Menteri, kini hampir pasti menjadi kenyataan. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker