Pavilion Malaysia rangkul anugerah emas

Pavilion Malaysia rangkul anugerah emas

Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas pertamanya bagi kategori Tafsiran Tema sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai, yang dihoskan penganjur Bureau International des Expositions.

Kategori ini mengiktiraf tafsiran pavilion (bagi yang berukuran kurang daripada 1,750 meter persegi) berkaitan tema Ekspo 2020 Dubai ‘Menghubungkan Minda, Mencipta Masa depan’, dengan subtema ‘Kelestarian, Mobiliti dan Peluang’.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan hari ini berkata setiap pavilion dinilai dari segi keberkesanan komunikasinya dengan dunia mengenai usaha untuk menyelesaikan cabaran mendesak yang berkaitan dengan tema terbabit.

Membawa tema ‘Energising Sustainability’, Pavilion Malaysia menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.

Mengikut kenyataan itu, Malaysia turut menerima anugerah penghormatan bagi Reka Bentuk Lestari Terbaik untuk Anugerah Ekspo Dunia oleh Majalah EXHIBITOR, yang menyaksikan Pavilion Austria menduduki tempat pertama.

Mengulas pencapaian itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia satu kemenangan penting bagi negara kerana ini Anugerah Emas pertama Malaysia di Ekspo Dunia, sekali gus mencerminkan kejayaan dalam memberitahu dunia tentang komitmen negara ke arah kelestarian menerusi pengekalkan biodiversiti.

“Kami amat berbangga dengan anugerah ini oleh penganjur Ekspo 2020 Dubai. Kami harap kami telah meninggalkan impak positif kepada pengunjung Pavilion Malaysia dan memberi inspirasi ke arah perubahan dalam apa juga cara yang mereka boleh.

“Sebagai kementerian yang menerajui penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan Pavilion kita dalam menceritakan kisah Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata, anugerah itu bukti minda kreatif rakyat Malaysia dalam mereka bentuk pavilion yang melestarikan alam sekitar dari aspek pembinaan hingga kepada penggunaan sumber bahan mentah, serta sumber tenaga.

“Usaha kami ini juga membolehkan kami mendapat pengiktirafan sebagai pemasangan Net Zero Carbon pertama di Expo 2020 Dubai,” katanya.

Ekspo 2020 Dubai berakhir semalam selepas enam bulan berlangsung sejak 1 September lalu.

Acara bersejarah lima tahun sekali itu diiktiraf sebagai acara ketiga paling ramai dikunjungi di dunia selepas Piala Dunia FIFA dan Sukan Olimpik.

Osaka, Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia seterusnya pada 2025. BH

Pavilion Malaysia rangkul anugerah emas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker