Ganja, saya takut jadi gila seperti sebelum ini – Yasin Sulaiman
PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman,47, dalam permohonan rayuannya meminta agar pihak mahkamah mempertimbangkan ikat jamin buatnya dalam pertuduhan mengedar ganja di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, semalam.
Ini kerana, Yasin menjelaskan di hadapan Majistret Zafran Rahim Hamzah bahawa dia bimbang menjadi tidak waras berikutan ada masalah kesihatan mental.
“Saya ada ubat diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas. Saya takut jadi gila seperti yang pernah berlaku tiga kali sebelum ini,” katanya sewaktu mendengar pertuduhan mengedar ganja di mahkamah.
Keadaan itu kemudiannya disahkan oleh peguam belanya, Mohd Yusmadi Yusoff selepas pertuduhan itu dibaca.
Yusmadi turut memaklumkan anak guamnya itu mengidap penyakit bipolar yang kronik.
“Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Cuma, dia tak bercerita dekat orang pasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus pasal dia.
“Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Justeru, hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera. Pengalaman dilakuinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya.
“Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Yusmadi juga berharap peminat dan kawan mendoakan kesihatan anak guamnya.
Terdahulu, Yasin dilaporkan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium dua minggu lalu.
Bagaimanapun, penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, dalam prosiding berlainan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas petuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.