Tentera Ukraine guna senjata yang diharamkan

Tentera Ukraine guna senjata yang diharamkan

DONETSK: Tentera Ukraine didakwa menggunakan peluru berpandu Tochka-U iaitu salah satu senjata yang dilarang di bawah Perjanjian Minsk, terhadap orang awam.

Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin, berkata peluru berpandu yang membawa bom berangkai itu mengakibatkan kecederaan teruk kepada orang awam jika disasarkan ke kawasan berpenduduk.



“Serangan sejak beberapa hari kebelakangan menunjukkan tidak ada tempat yang selamat dan baru-baru ini, pusat bandar diserang menggunakan peluru berpandu Tochka-U membawa bom berangkai.

“Sebelum ini, di daerah Kirovsky, sebuah pangsapuri diserang menggunakan peluru berpandu Uragan, yang meruntuhkan dua tingkat di bangunan berkenan.

“Tidak syak lagi bahawa tentera Ukraine menggunakan senjata yang sudah diharamkan di bawah Perjanjian Minsk terhadap orang awam,” katanya kepada agensi berita TASS.

Keadaan di Donetsk terutama pertempuran di sempadan Donbass kini semakin buruk, dengan Donetsk dan Lugansk melaporkan serangan paling teruk daripada tentera Ukraine.



Perjanjian Minsk dimeterai pada 5 September 2014 ketika rundingan damai Russia-Ukraine di tenggara Ukraine.

Kedua-dua pihak menandatangani protokol bagi mengakhiri keganasan, menarik balik anggota tentera dan senjata dari sempadan selain pembebasan semua tahanan perang serta tebusan.

Terdapat juga peruntukan khusus mewajibkan pihak berkuasa di Kiev membubarkan pemusatan kuasa dan mengadakan pilihan raya tempatan, dengan gencatan senjata berkuatkuasa serta merta. BH

Tentera Ukraine guna senjata yang diharamkan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker