Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia

Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia

Penulis lirik terkenal tanah air, Rudy Imran Shamsuddin baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.

Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.



Allahyarham Rudy baru saja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.

Allahyarham Rudy merupakan antara penulis lirik prolifik semenjak beliau aktif berkarya sekitar sedekad lalu.
Antara karya yang memasyhurkan nama Allahyarham ialah lirik lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah.

Lagu berkenaan diangkat sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 31 pada 2017.

Sebelum memahat nama sebagai penulis lirik, Allahyarham Rudy merupakan wartawan hiburan yang terkenal dan sudah berkhidmat dengan pelbagai organisasi media.



Beliau memulakan karier sebagai wartawan majalah hiburan Variapop pada awal 1994 sebelum berhijrah ke akhbar Watan yang beribu pejabat di Taman Setiawangsa di sini.

Allahyarham Rudy kemudiannya ditawarkan berkhidmat di kumpulan Karangkraf sebelum berpindah ke syarikat media Utusan Melayu.
Kerjayanya sebagai wartawan berakhir di akhbar Harian Metro.

Ketika berkhidmat di Harian Metro, Allahyarham Rudy juga pernah mengambil cuti belajar bagi meneruskan hasratnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM). Awani

Al-Fatihah…



Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker