Nurul Hidayah tampil pertahankan pensyarah UiTM

Nurul Hidayah tampil pertahankan pensyarah UiTM

Nurul Hidayah, anak kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tampil mempertahankan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Roshana Takim yang mengherdik seorang pelajar lelaki kerana masih tiada komputer riba walaupun sudah memasuki semester lima.

Dalam catatan di Instagram, Hidayah berkata pelajar berkenaan tidak seharusnya memuat naik rakaman sesi pembelajaran dalam talian itu di media sosial jika benar-benar mahu menuntut ilmu.

“Zaman sekarang kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed (media sosial).

“Budak zaman nijam (masa kini). Divert (alihkan) la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan ‘share’ atau aibkan pensyarah macam tu,” tulisnya.

Hidayah berkata, pelajar berkenaan perlu sedar realiti di alam pekerjaan lebih mencabar berbanding ketika sesi pembelajaran di peringkat universiti.

“Realiti lagi teruk. Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak kat socmed ker macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat socmed,” tulisnya.

Beliau turut berpendapat, pendidik itu tidak menghina golongan B40 malah nada kasar yang digunakan kerana sudah terlalu kecewa dengan sikap pelajar berkenaan.

“Pendapat saya, Prof tu marah sebab dah semester lima tiada ‘laptop’. Yerla orang susah tetapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai ‘priority’ (keutamaan).

“Saya ni ada jugak pensyarah yang saya tak suka tapi tidakah sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la ‘student’ yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran,” katanya.

Hidayah turut memberi contoh ramai dalam kalangan anak B40 yang berjaya dan bersungguh untuk mencapai apa diimpikan.

“Ramai saja orang B40 yang berjaya. Ramai saja orang mak pak yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yang buat ‘part time’ kerja untuk beli laptop.

“Ramai saja yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil kerajaan, ADUN, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, warganet mengecam tindakan pensyarah berkenaan selepas video berdurasi 1 minit 45 saat yang mengherdik seorang pelajar lelaki itu dengan menyentuh perihal keluarganya tular sejak semalam. FMT

Nurul Hidayah tampil pertahankan pensyarah UiTM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker