MySejahtera kini kurang berguna – MMA

MySejahtera kini kurang berguna – MMA

Aplikasi MySejahtera kurang berguna apabila negara mula beralih ke fasa endemik Covid-19 mulai 1 April, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai mengakui pengesanan kontak adalah mustahil ketika tempoh kemuncak wabak jika bukan kerana aplikasi tersebut, walaupun ia mungkin “berfungsi lebih lama berbanding kegunaannya”.



“Dengan jumlah besar kes positif dalam kalangan masyarakat dan di sekeliling kita, pengesanan kontak tidak boleh diguna pakai secara meluas kerana ia tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan.

“Dengan penularan Covid-19 yang tinggi dalam komuniti, ciri pengimbasan aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak tidak lagi berguna seperti pada fasa awal wabak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan gesaan yang semakin meningkat agar kerajaan menghentikan penggunaan aplikasi tersebut.

Koh berkata, MySejahtera boleh digunakan untuk tujuan lebih baik dengan menjadikannya sebagai pangkalan data rekod kesihatan pengguna, memandangkan kebanyakan populasi mempunyai aplikasi itu.

Bagaimanapun ciri pengesanan kontaknya masih boleh dikekalkan untuk kegunaan pada masa akan datang, tambahnya.



Setiap akaun MySejahtera dikaitkan dengan kad pengenalan pengguna dan tidak boleh dipindah milik, katanya dengan kebimbangan terbesar yang disuarakan adalah mengenai keselamatan data.

“Melihat kepada apa yang dikongsikan di media sosial mengenai pemilikan aplikasi ini, diharap kerajaan akan terus proaktif dalam memelihara kepercayaan orang ramai terhadap aplikasi tersebut.

“Kepincangan dalam struktur penjagaan kesihatan kita adalah berkait sistem pengurusan berpusat rekod kesihatan populasi,” katanya, selain menambah bahawa rekod kesihatan peribadi tidak boleh diakses merentas kemudahan dan oleh penyedia penjagaan kesihatan yang berbeza.

“Aplikasi MySejahtera boleh digunakan sebagai usaha awal untuk memiliki rekod kesihatan yang boleh dibawa oleh setiap individu agar dapat diakses oleh penyedia penjagaan kesihatan apabila perlu,” katanya. FMT



MySejahtera kini kurang berguna – MMA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)



Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker