Aura Bossku Gerunkan DAP, PH Hanya Mampu Fitnah Mandikan Darah Pada Keris Sahaja
Oleh Nurul Aishah
GELOMBANG Aura “Bossku” Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kebelakangan ini mengundang kegerunan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP, PKR dan juga Mahathir.
Seperti biasa PH hanya mampu menabur fitnah untuk menyekat kemaraan “Bossku”. Masalahnya fitnah kali ini berbentuk hasutan yang sangat jahat dan mampu mengugat ketenteraman negara.
Pemimpin DAP kecewa dengan penyokong mereka yang beralih arah mula menyebarkan dan muat naik imej kononnya keratan akhbar melalui media sosial dan WhatsApp selepas lawatan Datuk Seri Najib ke Pulau Pinang.
Persoalannya keratan itu dari akhbar mana dan bila? Bukan semudah itu PH mahu memperbodohkan rakyat. Mereka tahu terlalu mudah untuk edit satu gambar?
Dan secara logiknya, mana mungkin sebuah surat khabar akan memuat naikkan kata-kata yang sangat menghasut dan boleh mencetuskan provokasi sehingga mengugat ketenteraman awam.
Datuk Seri Najib telah menafikan perkara ini beberapa kali dan pihak PH pun telah meminta maaf banyak kali namun mereka masih menggunakan isu ini apabila terdesak.
Sebenarnya tindakan pelbagai wakil DAP dan PH mengecam lawatan Datuk Seri Najib ke Pulau Pinang minggu lepas membuktikan mereka rasa sangat tergugat dan gerun.
Antara wakil DAP dan PH tersebut adalah:
– Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Sim Chee Keong
– Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang pro-DAP
– Ahli Parlimen DAP Teluk Intan Nga Kor Ming
– ADUN DAP Pengkalan Kota Daniel Gooi
– Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng
– Ketua Komunikasi PKR Pulau Pinang Amir Ghazali
– Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Kelvin Yii
– Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow
– ADUN DAP Komtar Teh Lai Heng
Bayangkan hanya satu lawatan Datuk Seri Najib selama satu setengah hari untuk makan-makan sahaja mampu mengemparkan DAP Pulau Pinang. Jika beliau bercuti seminggu di Pulau Pinang mungkin ramai pemimpin DAP akan lakukan perkara yang kita tidak pernah bayangkan.
You must be logged in to post a comment.