Tujuh beradik yatim piatu sayu sambut Ramadan

NURALLESYAH Balqis Mohd. Azman (tengah) bersama enam adiknya di rumah sewa mereka di Teluk Intan, Perak.

TELUK INTAN: Ramadan minggu depan disambut dengan perasaan sayu buat tujuh beradik di sini, apabila pertama kali menyambut ketibaan bulan mulia itu sebagai yatim piatu.

Mereka ialah Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 18, yang menjaga adik-adiknya, Nur Alleyana Darwina, 15; Nurallesyazwani Sofea, 13; Nurallyqalesyah Damia, 11; Nurallyfarisyah Najwa, 9; Nurallyshafirah Umairah, 7, dan adik bongsunya, Muhammad Harraz Erfan berusia lima tahun.

Bapa tujuh beradik itu, Mohd. Azman Tabri, 42, meninggal dunia pada 2019 dan pada Jun lalu, ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, pula meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Sebagai anak sulung, Nurallesyah Balqis bertanggungjawab mengurus keperluan harian enam adiknya.

“Ramadan kali ini sudah tentu berbeza kerana kami sudah tiada kedua-dua orang tua.

“Namun kami akan menyambutnya seperti biasa, kami reda dengan kehilangan ibu bapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, selepas kematian ibu bapa, mereka menumpang kasih dengan emak saudara dan keluarganya dan tinggal di rumah pusaka nenek mereka di Kampung Bahagia, di sini.

Katanya, dia dan adik-adiknya bersyukur kerana mereka masih ada ibu dan bapa saudara untukmenumpang kasih dan mengadu masalah walaupun mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

“Tanpa mereka, kami tujuh beradik tidak tahu hendak ke mana. Mereka membuatkan kami lebih tabah kuat.

“Namun kini kami tinggal menyewa di rumah lain kerana sudah semakin besar. Kami rasa tak elok kami terus tinggal di rumah emak saudara kerana mereka pun mahukan keselesaan,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara kepada adik beradik yatim piatu itu, Mohd. Hanafi Zahari, 40 , berkata, dia dan isterinya menjaga tujuh anak saudaranya itu.

Menurutnya, dia dan adik beradiknya yang lain tidak masalah untuk menjaga tujuh anak saudara mereka.

“Kami adik beradik sentiasa menjaga mereka, memastikan semuanya cukup dari segi keperluan seharian, makan minum, persekolahan dan tempat tinggal.

“Mereka sudah besar dan mahu hidup berdikari dan suasana rumah yang lebih tenang, jadi saya carikan sebuah rumah sewa untuk mereka.

“Saya harap kerajaan dapat membantu adik beradik ini sebuah rumah untuk mereka menjalani hidup dengan lebih selesa,” katanya.

Tujuh beradik yatim piatu sayu sambut Ramadan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker