16,863 kes baru, 37 lagi korban Covid-19

Sebanyak 16,863 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul adalah sebanyak 4,138,867 kes.

Kes aktif kini berjumlah 233,180, turun 24.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:



Selangor (9,273)

Kuala Lumpur (1,395)

Pulau Pinang (990)

Perak (836)



Johor (764)

Kedah (652)

Sarawak (631)

Negeri Sembilan (556)



Melaka (403)

Pahang (383)

Terengganu (327)

Kelantan (295)



Sabah (245)

Labuan (38)

Putrajaya (38)

Perlis (37)



Sebanyak 37 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 6 daripadanya berlaku di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 50.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 72 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan trend penurunan.

Sejak permulaan wabak yang berlaku pada Mac 2020, sebanyak 34,751 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 2,002 kematian dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian akibat Covid-19 dilapor pada bulan lepas dan 491 kematian direkodkan pada Januari.



Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Johor (12) diikuti Kedah (6), Melaka (4), Negeri Sembilan (4), Selangor (4), Pulau Pinang (3), Sarawak (2), Perak (1) dan Sabah (1).

16,863 kes baru, 37 lagi korban Covid-19

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker