Warga emas cedera, empat rumah terbakar

TEMERLOH – Seorang warga emas cedera ringan dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Taman Lee Chan dekat Mentakab di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian tersebut, tiga buah rumah separuh kekal musnah 100 peratus manakala sebuah lagi rumah musnah kira-kira 50 peratus.

Ketua Bomba Zon Dua, Mohd Sobree Mohamed Salleh berkata, mangsa seorang lelaki berusia 67 tahun berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.



Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.31 petang.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi kejadian membabitkan empat rumah separuh kekal di Taman Lee Chan dekat Mentakab pada Sabtu.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab serta dibantu BBP Bukit Angin dan Temerloh bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 19 anggota bersama tiga buah jentera pemadam dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi berjaya dikawal pada jam 7.11 petang dan berakhir pada 10.06 malam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Ujarnya, ketika kejadian semua rumah tiada penghuni kecuali warga emas tersebut.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya,” tambahnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker