Muafakat Nasional bakal rebah, Presiden PAS nafi salah dirinya

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyalahkan pihak tertentu dalam Umno yang menyebabkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) tergendala sehingga sekarang.

Katanya ada pihak tertentu dalam Umno yang mahu mengubah “agenda perpaduan” yang dipersetujui kedua-dua parti demi kepentingan sendiri dengan maksud yang tersirat.

Bagaimanapun ahli parlimen Marang itu tidak menyatakan siapa pihak yang didakwanya itu serta apakah agenda tersirat tersebut.

“Namun perkara itu terdedah sehingga merosakkan dasar dan hala tuju sebenar yang tersurat,” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS hari ini.

Tambah Abdul Hadi dalam keadaan begitu, PAS tetap “berpegang” kepada apa yang ditandatangani serta ketetapan yang tersurat.

Katanya kerjasama yang terbentuk itu juga mempunyai sempadan iaitu hanya melibatkan hal-hal kebaikan seperti perpaduan umat berasaskan kepada Islam, melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Jika seseorang itu berdosa, kata Abdul Hadi, dibuka pintu taubat dan pengampunan sekiranya individu terbabit insaf serta mahu bertaubat.

“Namun, PAS tetap tegas tidak mengadakan sebarang kerjasama dalam perkara dosa seperti meneruskan permusuhan dan menyembunyikan dosa tanpa insaf dan taubat.

“Malah, PAS juga tidak memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik mahu jawatan, salah laku dan salah urus.

“Meraikan kemungkaran semata-mata kerana menjaga hati dan kepentingan yang salah dengan meninggalkan prinsip, adalah konsep ta‘awun (kerjasama) yang salah dan berdosa,” kata Abdul Hadi lagi.

PAS tidak akan rebah

Kenyataan duta khas bertaraf menteri itu hadir ketika hubungan PAS-Umno terus tidak menentu dengan sesetengah pihak berpendapat mereka wajar mengutamakan MN berbanding Perikatan Nasional (PN) yang disertai Bersatu.

Dalam kenyataan Abdul Hadi hari ini, dia turut mendakwa PN wujud terlebih dahulu berbanding MN.

Semalam Malaysiakini melaporkan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata Piagam Muafakat Nasional (MN) telah berjaya menyatukan pengikut parti itu dan Umno di peringkat akar umbi yang telah bermusuh sejak sekian lama kerana perbezaan ideologi politik.

Justeru katanya, PAS akan berusaha mempertahankan MN meskipun ada pihak tertentu cuba untuk meruntuhkannya.

Dia juga mendakwa ahli di peringkat akar umbi senang dengan MN dan masyarakat di luar bandar nampak bersatu.

Kata Abdul Hadi PAS menolak sesiapa sahaja yang mengambil pendekatan yang terpesong daripada konsep taawun yang berlandaskan “petunjuk al-Quran” dan bersedia menerima kesannya termasuk kehilangan kuasa atau kerusi pilihan raya.

“PAS tidak rebah dengan sebab kekalahan dalam beberapa kali pilihan raya, kerana perjalanannya belum selesai dan belum sampai ke garisan penamat,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker