Program Jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan
Program Jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan
PROGRAM Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan dilanjutkan sehingga musim perayaan, bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sepatutnya program ini akan berakhir pada bulan ini, namun pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melanjutkan program berkenaan melihat kepada sambutan yang diterima.
“Susulan itu, Perdana Menteri kemudian memaklumkan kebenaran bagi melanjutkan Program Jualan Keluarga Malaysia berkenaan.
“Tetapi program ini perlu diperhalusi supaya ianya dilihat mudah dan menyeluruh.
“Namun sejak dilancarkan, PJKM telah mendapat sambutan menggalakkan apabila banyak wakil rakyat dan industri mahu bertemu dengan kita untuk menganjurkan program ini.
Jika mata anda kabur, ia akan membantu anda menghilangkan katarak
Crystalix
“Mulanya tidak dapat sambutan begitu, tetapi lama-kelamaan menerima sambutan apabila ramai lihat usaha ini dapat membantu rakyat untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2022 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pusat Membeli-Belah Nu Sentral di sini hari ini, lapor Utusan.
Program jualan itu yang dilancarkan pada 2 Disember 2021 menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.
Usaha berkenaan menawarkan barangan keperluan harian pada harga murah antara 20 dan 50 peratus.
PJKM adalah kolaborasi di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta rakan strategik sektor peruncitan. E9
Program Jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq