Skim insurans Keluarga Malaysia untuk keluarga miskin dilancarkan PM
Skim insurans Keluarga Malaysia untuk keluarga miskin dilancarkan PM
Kerajaan bersetuju menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar membabitkan 268,000 keluarga.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata di bawah skim ini ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans dengan premium sebanyak RM50 setahun dan melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta.
“Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.
“Pada masa yang sama, Pru-Takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih,” katanya semasa berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis 2022 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan komited dalam memperkasakan pendapatan kumpulan sasar melalui program meningkatkan taraf hidup golongan B40 dalam kalangan masyarakat pertanian agromakanan.
Beliau berkata, menerusi program tersebut pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada 39,171 orang penerima dengan peruntukan RM109.7 juta.
Katanya, seramai 1,300 pesawah pula telah mendapat manfaat menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi tujuan meningkatkan produktiviti penanaman padi.
“Kerajaan juga sentiasa mendengar keluhan dan permintaan Keluarga Malaysia dan keputusan terkini yang dilaksanakan atas kehendak ramai ialah pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000,” katanya. FMT
Skim insurans Keluarga Malaysia untuk keluarga miskin dilancarkan PM
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.