Pemimpin persatuan Cina Pulau Pinang rindu era pentadbiran Najib

Pemimpin persatuan Cina Pulau Pinang rindu era pentadbiran Najib

Ketika sesi dialog antara Najib Razak dan pemimpin-pemimpin persatuan Cina Pulau Pinang hari ini, Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Zhang Malaysia Anthony Chang Wei Loon mendakwa masyarakat Cina merindui ‘kenangan indah’ ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Dialog yang diadakan di Teoh Kongsi, Pulau Pinang itu menyaksikan Najib disambut dengan persembahan tarian singa.

Chang berkata ramai yang terkenang semula era pentadbiran Najib.

“Di bawah kepimpinannya, Malaysia meraih banyak pencapaian ekonomi yang hebat, kadar pengangguran menjunam ke paras terendah yang baru kerana setiap orang mempunyai pekerjaan, manakala pasaran saham merekodkan kadar kenaikan yang paling lama di dunia. Banyak syarikat mengaut keuntungan besar,” katanya.

Dia juga memuji Najib kerana berpegang kepada kesederhanaan dalam mentadbir negara dengan melayan semua kaum secara sama rata, sekali gus membolehkan semua orang hidup harmoni.

“Ketika Najib memimpin negara, negara kita benar-benar menikmati zaman yang aman dan makmur,” katanya.

Pemimpin kanan paling mesra

Kata Chang lagi, Najib juga merupakan pemimpin kanan paling mesra dengan masyarakat Cina sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Dia menghormati budaya kita, pendidikan bahasa ibunda kita. Kita harus ingat dan berterima kasih atas perhatian dan keprihatinannya terhadap masyarakat Cina.

“Orang Cina adalah individu yang berterima kasih; kami telah dididik untuk rasa bersyukur sejak kecil, oleh itu kami tidak akan melupakan sumbangan Najib.

“Bila tiba masa yang sesuai, kami akan bangkit untuk membayar semula budi tersebut,” tambahnya.

Menurut Oriental Daily, Chang melaungkan “Hidup bossku” sebanyak tiga kali semasa ucapannya dan turut disambut hadirin di situ.

Hubungan Chang dengan kerajaan PH Pulau Pinang menjadi keruh ketika Lim Guan Eng menjadi ketua menteri berikutan pertikaian mengenai peruntukan untuk perayaan Tahun Baru Cina dan pemilikan harta warisan di Love Lane di Georgetown.

Berkempen untuk Gerakan

Semasa PRU14, Chang yang ketika itu merupakan presiden Majlis Kaum Cina Pulau Pinang (PCCC) turut berkempen untuk calon Gerakan di negeri itu.

Sementara itu, Najib dalam hantaran di Facebook menyatakan penghargaannya atas sambutan meriah yang diterima.

Dia berkata ramai orang Cina yang ditemuinya mahu kembali kepada era kestabilan dan kejayaan demi masa depan.

Dia mengulangi dakwaannya bahawa perniagaan dan aliran pelaburan telah terganggu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, dia kemudian memberi jaminan bahawa keadaan sedia ada sekarang masih boleh dibaiki.

“Dulu, rakyat hidup aman dan walaupun terdapat perbezaan pendapat dan politik, kita masih berkongsi hala tuju yang sama – pembangunan itu sangat penting untuk Malaysia.

“Bersama-sama, kita berusaha untuk memulihkan kestabilan negara,” katanya.
Mk

Pemimpin persatuan Cina Pulau Pinang rindu era pentadbiran Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker