Pembangkang tolak SOSMA umpama cabut gigi Polis

PETALING JAYA: Kegagalan ahli-ahli Parlimen menyokong usul Kementerian Dalam Negeri melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan memberi implikasi kepada ancaman keselamatan dan ketenteraman negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan polis kini hilang taring apabila penolakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini di samping SOSMA menyekat peranan mereka untuk memerangi jenayah berat di negara ini.

Beliau juga mempersoalkan sesetengah pemimpin politik menolak undang-undang itu apabila menganggapnya mengongkong daripada bebas melakukan sebarang tindakan yang boleh dianggap mengancam keselamatan.

“Dulu tolak ISA, sekarang SOSMA pun sama. Ia umpama cabut gigi polis dan kemudian terpaksa pakai gigi palsu. Sekarang gigi palsu pun dicabut.

“Jadi apa lagi tinggal undang-undang yang berkesan untuk jaga keselamatan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Pada Rabu lalu, Dewan Rakyat menolak usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.

Hal ini setelah seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir.

Kegagalan

Bagi penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim pula beliau menyifatkan kegagalan melanjutkan tempoh kuat kuasa SOSMA memberi implikasi besar kepada negara apabila akan menyebabkan tugas polis menyiasat jenayah berat kurang sempurna.

Katanya, ini kerana SOSMA memberi ruang kepada polis menyiasat suspek dalam tempoh 28 hari berbanding Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang menetapkan tidak lebih 14 hari.

Beliau menegaskan, ahli parlimen selaku pembuat dasar tidak wajar menolak undang-undang tersebut meskipun tidak bersetuju sebaliknya mengemukakan cadangan penambahbaikan.

“Sekarang polis sudah hilang taring untuk membuat siasatan jenayah berat. Mana cukup dua minggu untuk membuat siasatan jika dibanding dengan tempoh ditetapkan SOSMA.

“Selain itu, dakwaan politikus yang mendakwa SOSMA digunakan untuk tujuan politik sedangkan undang-undang ini ada garis panduan yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya,” jelas beliau

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker