Pemandu Uber Ini Tersangkut Dalam Parit Sebab Terlalu Percayakan WAZE

Pemandu Uber Ini Tersangkut Dalam Parit Sebab Terlalu Percayakan WAZE

AKIBAT terlalu mengantuk, seorang pemandu uber tersangkut di dalam parit di tengah-tengah lereng curam yang terletak di kawasan luar bandar.

Enggan namanya didedahkan, dia memberitahu, pada masa itu dia menggunakan sistem navigasi (waze) keretanya untuk pulang ke rumah

Katanya lagi, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kampung Marsden yang terletak berhampiran Huddersfield.

“Oleh kerana terlalu mengantuk dan ingin segera pulang, saya menggunakan sistem navigasi yang ada dan tidak sangka, laluan yang digunakan itu membawa saya ke kawasan gelap.

“Saya juga tidak dapat melihat dengan jelas kawasan sekitar sehinggalah menuruni lereng curam yang merentasi Saddleworth Moor,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun mengetahui laluan tersebut sempit dan dipenuhi batu bergerigi, dia tetap meneruskan perjalanan sehingga kereta Mercedes yang dipandu tersangkut dalam parit.

“Saya cuba untuk patah balik tapi sukar. Jadi saya terpaksa minta bantuan kawan-kawan untuk mengambil dan menghantar saya pulang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Craig Hannah berkata, insiden yang berlaku itu adalah luar biasa kerana pemandu sanggup memandu jauh di laluan sempit dan curam itu. – Daily Star

Pemandu Uber Ini Tersangkut Dalam Parit Sebab Terlalu Percayakan WAZE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker