Wartawan Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine
Wartawan Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine
MOSCOW – Seorang wartawan Rusia yang bekerja untuk saluran berita penyiasatan The Insider terbunuh ketika tentera Rusia menyerang sebuah kawasan perumahan di ibu negara Ukraine, kata laman berita bebas itu pada Rabu.
Menurut The Insider, Oksana Baulina yang pernah bekerja untuk kumpulan antirasuah pemimpin pembangkang Rusia. Alexei Navalny maut di Kiev akibat bedilan tentera Rusia.
Seorang lagi orang awam terbunuh dalam serangan itu, manakala dua lagi cedera.
Sebelum ini Baulina bekerja di Yayasan Pencegahan Rasuah Navalny sehingga ia diisytiharkan sebagai organisasi ekstremis pada tahun lalu menyebabkan beliau bertindak meninggalkan negara itu dan terus melaporkan mengenai rasuah di Rusia untuk The Insider.
Setelah Rusia menyerang Ukraine pada bulan lalu, Baulina telah membuat liputan berita dari Kiev dan Lviv di barat Ukraine.
“The Insider mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Baulina,” kata laman berita tersebut. Sinar
Wartawan Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET