Kes jumpa mayat di gaung kini kes bunuh
Seremban: Polis mengklasifikan kes penemuan mayat wanita di gaung di Kilometer 14, dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, Ahad lalu sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mayat berkenaan ekoran terdapat individu yang mengaku waris kepada mangsa.
Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan tidak lama lagi kerana sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya
“Perkembangan terbaru kes ini, kami sudah menjejaki waris terdekat kerana ada individu yang mengaku. Mangsa dikenal pasti sebagai rakyat tempatan dan berusia 29 tahun.
“Siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. Kertas siasatan hampir selesai dan sedang menunggu keputusan DNA yang dianggarkan diperolehi dalam masa satu ke dua minggu lagi,” katanya.
Terdahulu Nanda menyampaikan sijil penghargaan kepada warga polis dan orang awam sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Nanda berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan adalah warga tempatan dan juga rakan kepada mangsa.
Pada 21 Mac lalu dilaporkan seorang lelaki yang mahu merakam gambar ketika berjoging di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus, di sini, terkejut selepas menemui mayat di kawasan gaung.
Selasa lalu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.
Kes jumpa mayat di gaung kini kes bunuh
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.