Pengembara dari 18 negara berisiko tinggi dibenar ke Malaysia
Pengembara dari 18 negara berisiko tinggi dibenar ke Malaysia
Kerajaan akan membenarkan kemasukan pengembara dari 18 negara berisiko tinggi Covid-19 mulai bulan depan, seiring fasa peralihan kepada endemik.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media berkata, pengembara yang memasuki Malaysia mulai 1 April nanti tidak lagi perlu memakai peranti pengesanan digital atau menjalani ujian PCR di KLIA.
Khairy turut mengumumkan beberapa SOP untuk pengembara secara umum, serta mereka yang dari Singapura dan Thailand, bagi menjadikan Malaysia destinasi selamat serta mengelakkan kesesakan di sempadan negara.
Katanya, SOP baharu itu termasuk penggunaan aplikasi MySejahtera dan pengembara perlu memuat naik keputusan ujian Covid-19 dua hari sebelum mereka berlepas.
Setibanya di Malaysia, pengembara perlu menjalani ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) dalam tempoh 24 jam.
Bagi Thailand, negara jiran itu bersetuju membuka dua laluan sempadan darat mulai 1 April di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
Untuk Singapura, laluan sempadan darat republik itu dengan Malaysia dibuka sepenuhnya mulai 1 April ini.
Pengembara yang lengkap vaksinasi dibenarkan keluar masuk di Tambak Johor serta Laluan Kedua tanpa perlu menjalani sebarang ujian atau kuarantin.
Sementara itu, bagi perjalanan udara antara Singapura dan Malaysia, pengembara lengkap divaksin masih perlu menjalani ujian saringan dua hari sebelum berlepas. FMT
Pengembara dari 18 negara berisiko tinggi dibenar ke Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Proton Preve bakal diganti model baru
You must be logged in to post a comment.