Peguam Syarie sokong cadangan perintah serentak cerai, nafkah
Peguam Syarie sokong cadangan perintah serentak cerai, nafkah
Persatuan Peguam Syarie PGSM) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, supaya Hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Presidennya, Musa Awang berkata, ia bagi mengelakkan masa terlalu lama diambil untuk menyelesaikan isu itu sehingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat keadilan.
“PGSM optimis bahawa cadangan Perdana Menteri ini boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada di pihak litigan, Mahkamah Syariah, peguam syarie dengan keadilan sebagai keutamaan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Musa berkata, mengikut amalan sekarang, tuntutan nafkah akan memakan masa lama sekiranya ada pertikaian antara pihak-pihak berhubung jumlah atau kadar nafkah.
Jelasnya, ini kerana kes akan difailkan satu persatu iaitu iaitu diselesaikan kes perceraian terlebih dahulu kemudian barulah difailkan tuntutan nafkah iddah dan nafkah anak-anak.
“Bagaimanapun, berdasarkan peruntukan undang-undang, nafkah anak-anak boleh dituntut samada suami isteri telah disahkan bercerai atau belum bercerai.
“Seksyen 72 Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam menyatakan kewajipan seorang bapa menanggung nafkah anak-anaknya berupa tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran (yang munasabah), samada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain,” katanya.
Musa berkata, ini bermaksud walaupun lafaz perceraian belum disahkan oleh mahkamah atau pasangan masih belum lagi bercerai, tuntutan nafkah boleh difailkan ke mahkamah.
“Hakim Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kadar nafkah anak-anak yang munasabah berdasarkan kemampuan dan taraf kehidupan pihak-pihak.
“Sekiranya suami bersetuju dengan kadar nafkah yang dicadangkan oleh isteri atau mungkin lebih sedikit daripada jumlah yang dicadangkan berdasarkan kemampuan suami, maka dengan persetujuan itu mahkamah boleh memerintahkannya sebagai perintah,” katanya.
Sehubungan itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengeluarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 5 Tahun 2019, Garis Panduan Skala Pentaksiran Jumlah Nafkah Anak sebagai panduan bagi Hakim Syariah dalam menentukan kadar nafkah.
Semalam, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Beliau berkata, ini bagi mengelakkan masa terlalu lama diambil untuk menyelesaikan isu itu sehingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat keadilan. FMT
Peguam Syarie sokong cadangan perintah serentak cerai, nafkah
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET