Etnik Rohingya rai penahanan Suu Kyi

DHAKA – Pelarian Rohingya di negara ini meraikan penahanan Pemimpin Parti Liga Nasional untuk Demokrasi Myanmar (NLD), Aung San Suu Kyi oleh tentera Myanmar semalam.

Berita penahanan Suu Kyi tersebar dengan pantas di kem-kem pelarian yang menempatkan kira-kira sejuta etnik berkenaan.

Kem pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar, Chittagong, Bangladesh. – AFP

“Dialah punca kepada semua penderitaan yang kami lalui. Kenapa pula kami tidak boleh raikannya?” menurut Farid Ullah iaitu pemimpin komuniti kem pelarian Kutupalong di Cox’s Bazar, Chittagong hari ini.

Suu Kyi merupakan pemimpin de facto Myanmar tiga tahun lalu dan mempertahankan tindakan tentera negara berkenaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 2019.

Antara penindasan yang dilakukan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya termasuklah rogol dan bunuh.

Pemimpian di kem Balukhali, Muhammad Yusuf pula berkata: “Dia merupakan harapan terakhir kami tetapi dia mengendahkan rayuan kami dan menyokong genosid etnik Rohingya.” – AFP

Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker