Puteri Thailand Ini Terkenal Hobi Bersukan & Fesyen

Sudahlah memang cantik, siap pakej mesra rakyat dan merendah diri pula tu!

Jika pergi ke Thailand, cuba tanya pada rakyatnya tentang puteri raja negara itu. Pasti ramai yang akan puji sikap Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

Walaupun dikenali sebagai anak Raja Maha Vajiralongkorn, puteri ini tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Malah keprihatinan dan bakatnya menjadi inspirasi setiap orang terutamanya wanita.

Latar Belakang Puteri Sirivannavari
Info untuk kamu, Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya merupakan puteri sulung diraja hasil perkahwinan antara Raja Maha Vajiralongkorn dan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse.

Tidak mahu status puteri diraja menjadi penghalang, Puteri Sirivannavari lebih gemar untuk menjalani kehidupan yang biasa dan mendekati rakyatnya.

Malah apa yang buat DIVA tertarik dengannya, puteri ini seorang yang aktif bersukan dan sukakan fesyen.

Dalam Diam Aktif Bersukan
Bagi mereka yang tidak tahu, Puteri Sirivannavari ini pernah menceburi sukan badminton dan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2005.

Bukan itu sahaja, puteri ini juga pernah mewakili negaranya dalam sukan ekuestrian. Tuah menjadi miliknya, Puteri Sirivannavari berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pernah Adakan Pertunjukan Fesyen Sendiri
Selain daripada aktif dalam bidang sukan, Puteri Sirivannavari sangat gemar akan pakaian dan fesyen. Sehinggakan puteri ini berjaya memiliki jenama fesyen sendiri iaitu Sirivannavari.

Disebabkan oleh itu, puteri diraja Thailand ini acap kali dijemput ke pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Balmain dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Puteri Sirivannavari juga pernah lakukan pertunjukan fesyen jenamanya sendiri pada 2021. Berkat minatnya terhadap fesyen, puteri ini sering ‘dilamar’ untuk menjadi wajah depan majalah terkenal iaitu Vogue dan Thailand Tatler.

Selain suka bersukan dan berfesyen, Puteri Sirivannavari juga miliki bakat melukis dan menjadi aktivis hidupan laut. Hebat kan? Diva

Puteri Thailand Ini Terkenal Hobi Bersukan & Fesyen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker