Ayam masak daun kesum

Ayam masak daun kesum

Sedapnya ayam masak daun kesum ini. Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ini, apa kata cuba yang lazat ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:



1 ekor ayam – potong kecil
1 cawan air
40 ml santan
2 biji ubi kentang – belah empat
480 ml air asam jawa
10 tangkai cili kering – kisar
1 ikat daun kesum
8 biji belimbing buluh
Minyak masak untuk menumis
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
1 cm kunyit
1 cm belacan (jika suka)

CARA



1.Panaskan minyak, masukkan bahan tumis sehingga naik baunya.
2.Masukkan cili kisar dan tumis lagi seketika. Setelah pecah minyak, masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3.Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4.Masukkan daun kesum dan kacau rata.
5.Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan ubi kentang. Kacau seketika. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
6.Akhir sekali, masukkan belimbing buluh. Bubuh garam secukup rasa. Jika kurang masam, boleh tambahkan asam gelugur, jika suka.

Resepi oleh Nazura Zainal Abidin

Ayam masak daun kesum


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker