Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia rayu kerajaan tarik balik pengumuman gaji minima RM1,500

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan gaji minimum serta-merta kepada RM1,500 pada Mei, 2022 dan sebaliknya mengambil pendekatan kenaikan progresif seperti yang dicadangkan.

“Kami berpendapat bahawa kenaikan kadar gaji secara beransur-ansur masih akan dapat menangani kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan gangguan bekalan yang berlaku.

“Justeru, majikan akan terus merancang untuk menaikkan gaji pada tahun 2022 dan ia akan dapat menangani tekanan kos sara hidup,” kata presiden FMM Soh Thian Lai dalam satu kenyataan hari ini.



Beliau berkata FMM yakin dengan kawalan yang diperlukan terhadap kenaikan kos oleh kerajaan serta usaha bersepadu oleh industri untuk membiayai kenaikan kos secara dalaman, majikan boleh terus mengekalkan pekerjaan dan pelarasan gaji.

Soh berkata kenaikan daripada kadar gaji minimum semasa RM1,200 kepada RM1,500 mewakili kenaikan serta-merta sebanyak 25 peratus ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos gaji keseluruhan dan ia memberi kesan kepada perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Berdasarkan penemuan Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia baru-baru ini separuh kedua 2021 yang dijalankan dari 5 Januari – 10 Februari 2022, majoriti responden kajian itu berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

“Sehubungan itu, FMM telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya pelarasan gaji minimum dilaksanakan secara berperingkat dengan kenaikan RM100 pada suku ketiga tahun 2022 dan pelarasan seterusnya pada tahun 2023/2024, kenaikan kepada RM1,500,” katanya.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker