Nazri akan rindu Kit Siang



PETALING JAYA: Rakan politik dalam kerajaan dan pembangkang menghormati keputusan veteran DAP Lim Kit Siang, yang mengumumkan persaraannya daripada politik selepas 56 tahun, hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas daripada Umno, Nazri Aziz turut mengenang kembali zaman beliau menjadi menteri undang-undang dan berpeluang bekerjasama dengan Kit Siang.

“Kit Siang adalah kawan baik saya. Semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang dan saya menteri undang-undang, banyak isu diperdebatkan tetapi yang penting ia tidak sekali-kali bersifat peribadi.

“Beliau sememangnya seorang ahli politik pembangkang yang tegas dan saya mengaguminya ketegasannya. Saya akan merinduinya,” katanya kepada FMT.

Di Twitter, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji komitmen veteran DAP itu untuk menjadikan “Malaysia untuk semua rakyat Malaysia”.




“Beliau adalah wira, patriot dan negarawan Malaysia sejati untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Terima kasih kerana berkhidmat hampir 60 tahun.

“Komitmen anda…akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Peguam yang juga aktivis Ambiga Sreenevasan turut mengucapkan terima kasih kepada Kit Siang atas jasanya dan berkata tidak ramai ahli politik boleh bersara dengan rendah diri, integriti dan kebijaksanaan yang utuh.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang juga Ketua Penerangan Amanah, berkata Kit Siang sentiasa berpegang pada prinsip dan kepercayaannya, dan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam politik Malaysia.

“Kami menghargai sumbangannya dan sedih melihat pengundurannya,” katanya.




 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Leave a Reply

Your email address will not be published.