Klon haiwan kesayangan pada harga RM210,000
WASHINGTON – Sebuah syarikat pengklonan kucing dan anjing yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai senarai menunggu yang panjang selepas minat terhadap haiwan klon meningkat semasa pandemik Covid-19.
Menurut laporan akhbar The Sun, syarikat ViaGen mempunyai pengklonan kucing dan anjing yang hebat sejak 2015.
Wakil Jabatan Pemasaran ViaGen, Lauren Aston, berkata harga semasa untuk mengklon kucing adalah AS$35,000 (RM146,755) dan AS$50,000 (RM209,650) untuk mengklon seekor anjing.
Masa terbaik untuk mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) adalah semasa prosedur rutin seperti mengasi atau pembersihan gigi.
Tambah Aston, proses itu boleh juga dilakukan dalam tempoh lima hari selepas kematian haiwan kesayangan itu.
Sampel DNA beku disimpan dalam kemudahan kriostoran ViaGen Pets untuk diproses dan dipelihara.
Apabila pemilik bersedia untuk mengklon haiwan kesayangan mereka, juruteknik ViaGen akan menggantikan nukleus telur penderma dengan salah satu sel beku pengasas dan menggunakan rawatan yang dipatenkan untuk menghasilkan embrio.
Embrio itu ditanam ke dalam badan pengganti yang akan melahirkan anak kucing atau anjing sebelum diberikan kepada pemilik baharu selepas dipisahkan daripada ibunya.
“Anda akan mendapat 100 peratus kembar genetik,” kata Aston.
Tiada bilangan jumlah pengganti boleh digunakan tetapi Aston berkata ViaGen akan mengehadkan klon yang boleh dihasilkan kepada dua ekor sahaja.
“Ini adalah pasaran yang sangat khusus. Ini bukan untuk orang ramai atas pelbagai sebab termasuk etika dan juga kewangan.
“Apa yang berbeza ialah setiap anjing, kucing dan kuda diminta secara khusus. Setiap pelanggan mempunyai sebab dan cerita yang unik untuk mengklon haiwan kesayangan mereka,” jelas Aston. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras