Bapa Adib sahkan terima RM1.5 juta

Keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengesahkan mereka menerima pampasan (ex gracia) daripada kerajaan persekutuan.

Perkara itu dinyatakan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid ketika dihubungi

Bagaimanapun katanya, pihak keluarga tetap penuntut agar siasatan terhadap kematian anaknya itu diteruskan dan keadilan dapat ditegakkan.



“Ya memang kami sudah terima pampasan, namun kita tetap menuntut agar keadilan ditegakkan,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah memberikan ex gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan pada 2018.

“Walaupun siasatan masih berjalan, saya ingin maklumkan di sini (yang) tak pernah diumumkan sebelum ini, kerajaan telah pun membayar ex gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 Nov 2021.

“Inilah bukti kesungguhan dan keprihatinan Umno dalam membela nasib rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam.



Ismail Sabri juga mengumumkan siasatan jawatankuasa khas untuk meneliti pendedahan dibuat bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya.

Katanya pasukan petugas khas (PPK) sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat dan laporan interim akan dibentangkan bulan depan.

Ditanya mengenai perancangan keluarga dalam menggunakan wang pampasan tersebut, Mohd Kassim berkata mereka akan gunakan dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah, kami akan gunakan sebaik mungkin (pampasan),” katanya ringkas sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker