Bapa Adib sahkan terima RM1.5 juta
Keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengesahkan mereka menerima pampasan (ex gracia) daripada kerajaan persekutuan.
Perkara itu dinyatakan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid ketika dihubungi
Bagaimanapun katanya, pihak keluarga tetap penuntut agar siasatan terhadap kematian anaknya itu diteruskan dan keadilan dapat ditegakkan.
“Ya memang kami sudah terima pampasan, namun kita tetap menuntut agar keadilan ditegakkan,” katanya.
Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah memberikan ex gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan pada 2018.
“Walaupun siasatan masih berjalan, saya ingin maklumkan di sini (yang) tak pernah diumumkan sebelum ini, kerajaan telah pun membayar ex gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 Nov 2021.
“Inilah bukti kesungguhan dan keprihatinan Umno dalam membela nasib rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam.
Ismail Sabri juga mengumumkan siasatan jawatankuasa khas untuk meneliti pendedahan dibuat bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya.
Katanya pasukan petugas khas (PPK) sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat dan laporan interim akan dibentangkan bulan depan.
Ditanya mengenai perancangan keluarga dalam menggunakan wang pampasan tersebut, Mohd Kassim berkata mereka akan gunakan dengan sebaik mungkin.
“Insya-Allah, kami akan gunakan sebaik mungkin (pampasan),” katanya ringkas sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras