PAU 2021: ‘Dakwaan UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Itu heavy’ – Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Tidak pernah sekalipun ketetapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Malah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyifatkan isi kandungan ucapan disampaikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mengelirukan.
Selain itu katanya, isi kandungan ucapan Mohamad itu juga sebagai sesuatu yang berat dan perlu diperjelaskan lebih terperinci.
“Semua ucapannya berat. Misalnya dia mengeluarkan kenyataan menyatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Itu heavy. Kalau saya, saya mahu tahu lagi, apa yang dikatakan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak memuaskan. Berdasarkan kepada apa, faktanya apa? Dan portfolio mana yang UMNO pegang yang dirasakan di bawah par? Maka saya kata itu pandangan Tok Mat sebagai orang yang berada di luar kerajaan. Dan layak untuk menyatakan pandangan.
“Selain itu, saya juga keliru ucapannya kerana beliau kata jangan tergesa-gesa, jangan berdiri terus berlunjur, tapi akhirnya dalam ucapan macam nak segera diadakan PRU-15. Jadi saya tidak berapa jelas di situ. Sebab tu saya kata pendekatan ucapan yang nak dilontarkan sesuatu untuk dibahaskan. Jadi bolehlah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam Majlis Perasmian Sayap Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.
Dalam pada itu Annuar berkata, tarikh PRU-15 sama ada cepat atau lambat perlu dibincangkan di pucuk pimpinan secara tertutup.
Beliau dalam masa yang sama berkata, ia sepatutnya wajar dikekalkan sebagai salah satu strategi parti dan bukan memberi pandangan secara terbuka.
“Kemudian ada yang setuju dan ada yang tak setuju, jadi satu polemik. Jadi kalau buat lambat apa kesannya pula, sebab kuasa pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Bagaimana pula kalau tak dipersetujui kerajaan atau Seri Paduka? Jadi pada saya tidak kena pada tempatnya,” jelasnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO
- Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
- ‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan
- Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.