Isu Khairuddin ini nasihat Musyidul Am PAS

PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan ADUN PAS digesa terus istiqamah dalam perjuangan dan tidak melupakan ikrar (baiah) yang telah diungkapkan sebelum dipilih menjadi calon dulu.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberi pesanan itu susulan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas, semalam.

“Walaupun Khairuddin telah isytihar keluar PAS saya harap Ahli-ahli Parlimen PAS, begitu juga ADUN beristiqamahlah dalam perjuangan ni.



“Peganglah kepada perjanjian kita masa dipilih menjadi calon dulu dan teruskan perjuangan ini,” katanya kepada FMT.

Hashim berkata, setiap ahli PAS yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada Allah dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Mereka juga tidak boleh menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut setelah meletak jawatan atau dipecat.

“Memanglah. Nak jadi calon tu dia ada baiah. Baiah tu (bermaksud) kalau saya keluar daripada perjuangan PAS ini, segala hasil elaun dia tak boleh makan. Baiah terpakai untuk semua pemimpin PAS, dia bersumpah dengan nama Allah, itu adalah baiah.



“Saya difahamkan Takiri (Khairuddin) akan bayar semua,” katanya.

Bekas ADUN Sanglang itu juga tidak menolak kemungkinan tindakan Khairuddin itu selepas digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat PAS awal tahun ini.

Menurutnya, Khairuddin telah menyatakan hasrat itu ketika perbincangan bersama pimpinan PAS mengenai keputusan tersebut.

“Ya, dia letak jawatan setelah berbincang. Perbincangan dengan pihak tertinggi PAS. Pihak tertinggi memang dah tahu dia nak keluar parti,” katanya.



Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa pengguguran itu dibuat atas sebab disiplin, namun tidak menghuraikannya.

Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada 2013 dan mengekalkannya pada PRU 2018. Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika pentadbiran PH.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker