PRN Johor: PH Akan Buat ‘Bedah Siasat’ Segera Kaji Silap Dan Kekurangan

PRN Johor: PH Akan Buat ‘Bedah Siasat’ Segera Kaji Silap Dan Kekurangan

Pakatan Harapan (PH) akan melakukan ‘post mortem’ dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, ‘post mortem’ itu tiada lain bagi membolehkan mereka kembali bangkit dengan segera dan seterusnya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Beliau berkata, persiapan perlu dilakukan segera memandangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dilihat terlalu ghairah untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin.

“Sudah tentu, PH pernah menjadi kerajaan dan sudah biasa juga dengan peranan sebagai pembangkang. Jadi, kami tidak putus asa.

“Kami akan terus berpegang kepada semangat setia kawan dalam usaha mengorak langkah mendapatkan kembali mandat rakyat.

“Kami akan teruskan usaha sebagai suara rakyat yang lantang membela bangsa Johor dengan memainkan peranan semak dan imbang,” katanya ketika sidang media PH di Pusat Operasi PH dekat Senai di sini, malam tadi.

Turut serta dalam sidang media yang diadakan sempena keputusan PRN Johor adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.



Hadir sama ketika pertemuan pada malam kemuncak PRN Johor adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Sahalahuddin Ayub dan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

PRN Johor menyaksikan PH bersama rakan sekutunya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh kemenangan bagi 13 calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 57 calon yang dipertaruhkan.

DAP memenangi 10 kerusi, manakala PKR, Amanah dan MUDA masing-masing dengan satu kerusi.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata, keputusan dicapai PH bersama MUDA itu bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.



“Namun kita perlu akui bahawa dengan situasi semasa, ia adalah keputusan yang boleh diterima walaupun perlu diperbaiki pada masa depan,” jelasnya yang juga tewas di kerusi DUN Parit Yaani yang disandangnya sebelum ini.

Ditanya adakah isu perbalahan dalam pembahagian kerusi antara PKR dan MUDA sehingga DUN Larkin menyaksikan kedua-dua parti itu meletakkan calon menjadi faktor kepada kekalahan PH, Aminolhuda berkata “yang lepas biarlah lepas”.

Beliau juga memberi respon yang sama apabila ditanya adakah soal penggunaan bendera yang tidak dicapai secara sepakat menjadi penyebab ramai pengundi berpaling daripada PH.

Aminolhuda berkata, PH sendiri tidak menjangka dengan keputusan diperoleh PH pada PRN Johor itu.



Pada masa sama, bekas Exco Johor itu berkata, BN perlu memberikan perkhidmatan sama seperti yang ditawarkan mereka dalam PRN Johor.-AA

PRN Johor: PH Akan Buat ‘Bedah Siasat’ Segera Kaji Silap Dan Kekurangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker